Khamis, 18 Oktober 2012

Contoh Perjanjian Sewa dan Pengurusan Kantin



LAMPIRAN 10

PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN  KANTIN SEKOLAH

PERJANJIAN  ini dibuat pada…………………(tarikh semasa) …………………………………………            
Antara Kerajaan  Malaysia ,yang  bagi  maksud Perjanjian  ini diwakili  oleh Sekolah ………………….
……………………………………………   (kemudian dari ini disebut “Kerajaan”) bagi pihak pertama; dengan …………………………………………………………………………
(No Syarikat: …………………………………..)sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang – undang  Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di………………………………
(kemudian  dari ini disebut “ Pengusaha Kantin”) sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWANYA –

A.      Kerajaan  bersetuju untuk memberikan hak  kepada Pengusaha Kantin untuk berniaga bahan – bahan makanan  dan minuman mengikut senarai yang ditetapkan oleh Kerajaan di permis yang disediakan oleh Sekolah………………………………….;    dan                                                                                            

B.      Pengusaha Kantin  bersetuju untuk menerima hak  itu dan mengusahakan kantin Sekolah  tersebut atas syarat – syarat yang ditetapkan  dalam perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI  kedua – dua pihak bersetuju seperti berikut :

1.       Takrif

      Dalam Perjanjian ini perkataan – perkataan berikut membawa maksud  yang ditetap baginya, melainkan jika konteksnya memerlukan maksud yang lain –

                       
“Kerajaan”
ertinya Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, KetuaPengarah Kementerian Pelajaran, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Operasi Pendidikan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Pengarah Pelajaran Negeri  Pulau Pinang, Guru Besar / Pengetua Sekolah dan Pegawai yang diberi kuasa sewajarnya;


“Sekolah”

Ertinya Sekolah………………………………………….yang
Termasuklah Guru Besar / Pengetua Sekolah dan Pegawai yang diberi kuasa sewajarnya;

” Pengusaha Kantin”

Ertinya……………………………(Nama Syarikat)………………..
Yang termasuklah wakilnya yang diberi kuasa, waris, penerima serah hak dan pekerja-pekerjanya di mana berkenaan;

“Kantin”

Ertinya premis yang disediakan oleh Sekolah untuk digunakan sebagai kantin.


 2.    Persetujuan  Pengusaha Kantin

Pengusaha Kantin bersetuju untuk mengusahakan  kantin di permis yang ditetapkan oleh Sekolah dan kedua – dua  pihak bersetuju bahawa Pengusaha   Kantin  bertanjungjawab sepenuhnya untuk  mengusahakan kantin            berdasarkan  syarat – syarat yang ditetapkan oleh Perjanjian ini.

3.       Tempoh Perjanjian

3.1  Perjanjian ini adalah bagi suatu tempoh selama dua puluh tiga bulan (23 bulan) mulai daripada 1 Disember_____.(Kemudian dari ini disebut “Tarikh Kuat Kuasa Perjanjian’ ) Sehingga 30 November______ (kemudian dari ini disebut “Tarikh Tamat Perjanjian”).
           
3.2  Perjanjian ini  boleh dilanjutkan untuk tempoh dua belas (12) bulan            lagi bermula selepas tamat tempoh yang disebut dalam Fasal 3.1 dengan persetujuan kedua – dua pihak  dan pelanjutan  tempoh ini            hendaklah  dibuat secara bertulis melalui Perjanjian Tambahan menurut format yang ditetapkan di lampiran II.  Perlanjutan  tempoh ini hendaklah berdasarkan  terma    dan syarat yang sama melainkan  peruntukan  Fasal 3.2 ini.


4.       Wakil Kerajaan Mengeluarkan Arahan
                 
Bagi maksud pelaksanaan Perjanjian ini, Kerajaan adalah diwakili oleh Guru     Besar / Pengetua Sekolah yang mempunyai kuasa untuk  mengeluarkan apa        - apa  arahan  kepada pengusaha kantin  yang selaras dengan peruntukan       perjanjian ini.

5.       Sewa Kantin

5.1   Dalam  tempoh perjanjian ini berkuat kuasa , Pengusaha Kantin     hendaklah  membayar kepada kerajaan  sewa kantin berjumlah  Ringgit ……………………………………….
(RM…………..) setiap bulan kecuali bulan Disember ( kemudian  dari ini disebut “ Sewa Kantin”).

5.2   Pengusaha Kantin hendaklah membayar Sewa Kantin kepada Kerajaan , melalui Guru Besar / Pengetua Sekolah, pada minggu pertama tiap – tiap bulan kalender.

5.3  Sewa kantin pada bulan Disember dikecualikan.

6         Deposit Sewa Kantin

6.1 Pengusaha Kantin  hendaklah menyerahkan wang  deposit berjumlah  Ringgit …………………... …………..(RM …………………………..), yang bersamaan dengan sebulan Sewa Kantin, tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada Tarikh Kuatkuasa Perjanjian kepada Guru Besar / Pengetua sekolah.

6.2   Wang deposit ini akan dikembalikan  oleh Sekolah kepada Pengusaha Kantin, tanpa faedah, tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada tarikh tamat perjanjian, tertakluk kepada apa – apa  potongan oleh Kerajaan sebagaimana yang di benarkan  di bawah perjanjian ini.

6.3   Wang deposit tidak akan dikembalikan jika pengusaha kantin menarik diri sebelum tarikh tamat perjanjian.


7         Bayaran  Penggunaan Elektrik dan Air dan Deposit

7.1   Pengusaha Kantin Bertanggungjawab ke atas penggunaan elektrik dan air di Kantin Sekolah sepanjang  tempoh kuatkuasa Perjanjian dan bayaran bagi penggunaan  elektrik dan air itu hendaklah dibayar  terus oleh Pengusaha Kantin  kepada pihak berkuatkuasa yang berkenaan.

7.2   Sebagai sekuriti bagi pelaksanaan  tanggungjawab ini, Pengusaha Kantin  hendaklah  menyerahkan  wang berjumlah  Ringgit ……………………………………………..                               (RM…………………) sebagai deposit bayaran  elektrik dan air tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada tarikh  kuat kuasa perjanjian kepada Guru Besar / Pengetua  sekolah.

7.3  Wang deposit ini akan dikembalikan oleh sekolah kepada pengusaha kantin, tanpa faedah, tidak lewat  dari tujuh (7) hari daripada tamat perjanjian, tertakluk kepada apa-apa potongan oleh Kerajaan jika terdapat apa-apa bayaran elektrik dan air yang tertunggak.

8         Penyediaan dan Penjualan  Makanan  dan Minuman

8.1   Pengusaha Kantin hendaklah  memastikan  penjualan  makanan dan minuman yang disediakan adalah menepati spesifikasi yang ditetapkan sebagaimana dalam LAMPIRAN D dan Pengusaha Kantin juga hendaklah memastikan agar makanan dan minuman tersebut dijual pada harga sebagaimana yang ditetapkan  dalam LAMPIRAN D.

8.2   Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi garis paduan  dan arahan yang  terkandung dalam Garis Panduan Kantin Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa.

8.3   Makanan yang dihidangkan hendaklah  halal dan tidak berlawanan dengan  kehendak – kehendak agama  Islam dan disediakan  mengikut peraturan – peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh  Kerajaan  seperti yang terdapat dalam Garis Panduan Kantin Sekolah.

8.4   Barang – barang dapur, alat- alat memasak, pinggan mangkuk dan tempat – tempat menyimpan bahan makanan dan pekakas memasak hendaklah  semuanya digunakan bagi tujuan memasak makanan yang halal sahaja.

8.5   Barang – barang yang  tidak halal, sama ada mentah, bermasak atau diproses, adalah dilarang dibawa masuk ke dalam kantin.

8.6   Bahan makanan yang dibawa dari luar Sekolah  hendaklah  menggunakan alat perkakasnya sendiri dan tidak boleh menggunakan barang – barang atau alat perkakas kantin.

8.7   Pengusaha Kantin  hendaklah menjaga kebersihan kantin dan persekitaranya pada setiap masa dan mematuhi peraturan – peraturan  yang ditetapkan oleh  Kerajaan  seperti yang diperuntukan dalam  Garis Panduan Kantin  Sekolah.

8.8   Pengusaha kantin hendaklah  mematuhi arahan dan peraturan  yang dikeluarkan  oleh  sekolah dari  semasa ke semasa berhubung dengan kebersihan kantin, penyediaan dan penjualan makanan dan minuman dan apa –apa perkara lain yang  berkaitan.


9         Penjagaan Kantin

9.1       Pengusaha Kantin hendaklah memastikan perabot dan peralatan yang dipasang atau disediakan  oleh  Sekolah untuk kegunaan kantin sentiasa dijaga dan berada dalam keadaan yang baik.

9.2       Pengusaha Kantin bertanggungjawab untuk membaiki apa –apa kerosakan  kepada perabot dan peralatan Kantin atau membayar ganti rugi kepada sekolah bagi apa – apa kerosakan  yang tidak boleh dibaiki apabila diminta berbuat demikian dan sebelum tarikh tamat perjanjian. Kerajaaan berhak untuk mengambil mana –mana bahagian daripada deposit sewa kantin yang dirujuk di Fasal 5  jika pengusaha kantin gagal membayar ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan.


10.   Hak Kerajaan Mendapatkan Khidmat Pihak Ketiga

        10.1 Sekiranya Pengusaha Kantin gagal mematuhi obligasi di klausa 8.1 yang dibaca bersama
                LAMPIRAN D. (berhubung spesifikasi makanan dan minuman dan LAMPIRAN D (berhubung spesifekasi harga), maka Kerajaan hendaklah mempunyai hak untuk menggunakan budi bicara mutlak untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman daripada mana-mana pihak ketiga tanpa perlu memaklumkan kepada Pengusaha Kantin.     

        10.2  Apabila Kerajaan memilih untuk mendapatkan khidmat pihak ketiga maka, semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan bagi maksud mendapatkan khidmat pihak ketiga tersebut hendaklah menjadi suatu tuntutan hutang terhadap Pengusaha Kantin dan Kerajaan mempunyai opsyen berikut:

(a)    Membuat potong secara terus di bawah klausa 6.2 daripada deposit yang dibayar oleh Pengusaha Kantin di bawah klausa 6.1;

(b)    Menggunakan hak untuk membuat potongan daripada penerimaan bayaran sewa bulanan kantin yang diterima oleh Kerajaan dan Pengusaha Kantin mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan baki tunggakan sewa bulanan tersebut setelah potongan dibuat.  

             
11.         Waktu Perkhidmatan
                 
Pengusaha Kantin hendaklah  memastikan  kantin  dibuka  pada setiap hari persekolahan  dan pada hari – hari yang ditetapkan oleh Sekolah  dari pagi hingga……………. petang/malam.

12.         Pekerja Pengusaha Kantin

12.1                        Pengusaha  Kantin bertanggungjawab ke atas setiap pekerja dan   kakitangannya yang mengurus dan mengendalikan kantin  dan hendaklah memastikan           mereka disahkan oleh pegawai perubatan sebagai sihat dan tidak berpenyakit dan     tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah yang menyebabkan mereka tidak sesuai bekerja di sekolah.

12.2               Kerajaan melalui Guru Besar / Pengetua, berhak  mengarahkan Pengusaha Kantin,             dan apabila diarahkan sedemikian, Pengusaha Kantin hendaklah menukarkan mana –           mana pekerja atau kakitangannya  yang, berdasarkan  pemerhatian pihak Sekolah,            didapati melanggar mana – mana peraturan dan arahan berhubung dengan      pengurusan dan pengendalian kantin sebagaimana  yang ditetapkan  oleh Penjanjian          ini, atau didapati mempunyai masalah kesihatan yang berat atau berkelakuan  tidak             sopan atau tidak bermoral atau menggangu murid – murid dan kakitangan Sekolah.

13      Tanggung Rugi

Pengusaha Kantin bersetuju dengan kerajaan  bahawa –

(a)              Pengusaha Kantin akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengusaha Kantin dan, melepaskan kerajaan sepenuhnya sebagaimana yang dibenarkan oleh undang – undang, dari apa – apa tuntutan  dan tanggungan daripada apa kemalangan, kerugian, kerosakan, kehilangan atau kematian yang terbit daripada Pengusaha Kantin oleh Pengusaha Kantin di bawah Perjanjian ini dan Kerajaan , kerugian , kerosakan , kehilangan atau  kematian itu;

      (b)              Pengusaha Kantin hendaklah menanggung rugi Kerajaan daripada apa –apa tuntutan , prosiding, kerugian , kerosakan, kehilangan , ganti rugi dan kos yang ditunggung, atau mungkin menjadi tanggungan Kerajaan berikut atau terbit dari –
              
                                                                        (i.)      Kecuaian dalam penggunaan atau salah guna atau, penyelewengan oleh pengusaha kantin atau wakil, pekerja dan ejennya;dan

                                                                          (ii.)      Apa – apa kehilangan , kerosakan atau kerugian harta atau kecederaan  berikutan dari pelaksanaan Perjanjian ini.


14          Penyerahhakkan atau Sewaan

Pengusaha Kantin tidak boleh, melainkan  dengan persetujuan bertulis Kerajaan terlebih                        dahulu, menyerahhakkan Perjanjian ini atau menyewakan kantin atau mana – mana  bahagian Kantin kepada  mana – mana pihak ketiga.

15          Pemeriksaan oleh Kerajaan

    Guru Besar / Pengetua , Pegawai Kementerian Pelajaran, Jabatan  Pelajaran Negeri, Pejabat       Pelajaran Daerah , Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya dan mana – mana jabatan kerajaan  hendaklah dibenarkan  untuk memasukki mana – mana bahagian Kantin  pada   bila – bila masa yang sesuai untuk menjalankan  pemeriksaan Kantin  menurut bidang kuasa  masing -  masing.

16            Struktur kantin
                 
16.1        Pengusaha Kantin dilarang  mengubah atau  meminda struktur kantin, melainkan    bagi memasang atau  meletakkan perabot dan lain – lain peralatan yang telah             dipersetujui oleh pihak sekolah, dan Pengusaha Kantin hendaklah bertangungjawab    sepenuhnya ke atas pemasangan itu dan menanggung semua pembelanjaan yang          berkaitan.

16.2   Pengusaha Kantin hendaklah memastikan struktur asal kantin tidak rosak atau menjadi rosak  berikutan dari pemasangan  perobat atau peralatan itu. Jika berlaku sebarang kerosakan, Pengusaha Kantin bertanggungjawab untuk  membaiki kerosakan  berkenaan atau membayar rugi kepada pihak Sekolah.


17      Penyelesaian Pertikaian

17.1         Apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perjanjian ini antara kedua – dua pihak hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang terdiri            daripada-

                  (a)       Pengarah Pelajaran Negeri sebagai pengerusi.

(b)                Seorang wakil Kerajaan yang dilantik oleh Pengarah Pelajaran  Negeri dari kalangan pegawai – pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah; dan

(c)                Seorang wakil yang dilantik oleh Pengusaha Kantin.

17.2                  Jawatkuasa Penyelesaian  Pertikaian  boleh menentukan prosedurnya sendiri dan  Pengerusi hendaklah menentukan tarikh dan tempat untuk menyelesailkan pertikaian itu.



18      Penamatan perjanjian

18.1  Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini dengan mengemukakan notis bertulis tiga puluh (30) hari tentang niatnya untuk menamatkan  Perjanjian jika –
           
            (a)     Pengusaha Kantin  melanggar mana – mana syarat  Perjanjian ; atau

                         (b)    Perkhidmatan kantin yang diberikan tidak memuaskan.

           
18.2      Jika Pengusaha Kantin gagal untuk meremedi pelanggaran syarat – syarat  perjanjian yang     berkaitan atau meningkatan  perkhidmatan kantin  ke suatu taraf yang memuaskan, maka Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian dengan mengemukakan notis penamatan secara bertulis yang berkuatkuasa pada tarikh notis itu.

18.3      Kerajaan berhak  menuntut apa – apa ganti rugi daripada Pengusaha Kantin berikutan dari penamatan Perjanjian ini.

18.4                        (a)     Walau apapun peruntukan di dalam Perjanjian ini, kerajaan boleh menamatkan         perjanjian ini dengan serta merta dengan memberikan notis tanpa memberi sebarang alasan kepada pihak Pengusaha kantin  sekiranya Kerajaan  berpendapat bahawa penamatan tersebut adalah patut.


(b)     Sekiranya Kerajaan menamatkan Perjanjian di bawah klausa ini, kluasa 18.3 akan  terpakai dan pihak  Pengusaha Kantin              berhak untuk menuntut apa – apa bayaran  yang kena dibayar dan terhutang pada masa penamatan tersebut daripada kerajaan.


19      Peruntukan Am.

19.1                        Apa –apa notis, kelulusan ,permohanan atau lain – lain komukasi yang perlu diberikan kepada suatu pihak oleh pihak yang satu lagi hendaklah secara  bertulis, dalam bahasa melayu dan diserahkan kepada pihak yang berkenaan di alamat berikut, sama ada secara serahan tangan, pos biasa atau pos berdaftar.

       bagi pihak kerajaan :
       (nama Sekolah dan alamat sekolah)
       u.p Guru Besar/Pengetua Sekolah
       Bagi pihak pengusaha kantin:
       (nama dan alamat berdaftar Pengusaha Kantin)

19.2                        Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut , dan dikawal oleh , undang – undang Malaysia dan kedua –dua pihak  bersetuju untuk tertakluk sepenuhnya kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.

19.3                        Pengusaha Kantin hendaklah menanggung apa – apa  kos duit setem yang perlu dibayar berikutan dari Perjanjian ini.

19.4                        Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi undang – undang Malaysia yang terpakai kepadanya dan apa –apa arahan atau peraturan  yang dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa yang dibuat di bawah undang – undang bertulis.

20.  Pindaan

      Salah satu pihak boleh secara bertulis meminta supaya suatu pindaan, tambahan atau perubahan               pada keseluruhan atau sebahagian daripada Perjanjian ini dibuat bila-bila masa dengan persetujuan kedua-dua pihak melalui suatu Perjanjian Tambahan. Apa-apa pindahan, tambahan atau perubahan yang dipersetujui oleh pihak-pihak hendaklah menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini dan mula berkuat kuasa pada suatu tarikh sebagaimana ditentukan oleh pihak-pihak. Apa-apa pindaan, tambahan atau perubahan hendaklah dibuat tanpa menjejaskan hak dan obligasi yang berbangkit daripada atau berdasarkan Perjanjian ini sebelum atau sehingga tarikh pindaan, tambahan atau perubahan itu.           

21.  Bahasa

Semua notis dan komunikasi berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah menggunakan Bahasa Melayu.  

22.  Pengganti

 Perjanjian ini mengikut kedua-dua kepada Perjanjian ini dan juga pengganti mana-mana pihak tersebut.           









PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua – dua  pihak yang diberi kuasa untuk tujuan ini menurunkan tandatangan  masing – masing pada tarikh yang  mula – mula disebut di atas.


Ditandatangan oleh:……………………………………   Ditandatangan oleh: …………………………………

Nama:  …………………………………………………….    Nama:……………………………………………………

No. KP:………………………………………………………    No. KP :………………………………………………

Jawatan :…………………………………………………..    Jawatan :……………………………………………

Tarikh : ……………………………………………………     Tarikh: ………………………………………………

Bagi pihak Kerajaan Malaysia                              Bagi pihak:…………….(nama syarikat)………

Dihadapan :………………………………………………     Dihadapan :………………………………………

Tandatangan dan Cop                                         Tandatangan dan Cop    




































Tiada ulasan:

Catat Ulasan