Isnin, 17 Disember 2012

Pendaftaran dan Suaikenal Tahun 1 2013

Semua Ibu Bapa atau Penjaga Murid Tahun 1 2013 di jemput hadir seperti surat di bawah ini. Diharap ibu bapa dapat hadir dan menyedia wang secukupnya untuk membeli buku tulis pada hari pendaftaran dan suaikenal tersebut.




 
    Sekolah Kebangsaan Dumpar,
   JKR 390, Jalan Junid,
    84000 Muar,
    Johor.                           Tel & Faks : 06-9546343
                                          E-mail : sekdumpar@gmail.com

 
  Rujukan Kami    :  JBA 5018 / Daftar Thn 1/01/2012                                                      
 Tarikh                 :  10. 12. 2012 @ 26 Muharam 1434


Semua,
Ibu Bapa Murid Tahun 1 2013
Sekolah Kebangsaan Dumpar,
84000 Muar, Johor.


Tuan/Puan,

Taklimat Pendaftaran Tahun 1 (Satu) dan Majlis Suaikenal

Merujuk kepada perkara di atas, satu majlis taklimat dan suaikenal murid Tahun 1 2013 akan diadakan pada ketetapan di bawah :

Tarikh        :      29 Disember 2012
Hari           :      Sabtu
Masa         :      08.00 pagi
Tempat      :     Kelas Tahun 1

2.       Tentatif acara rujuk kepada surat yang dilampirkan.

3.       Kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan majlis yang diadakan serta faham dengan 
kehendak sekolah melalui penerangan yaang diberikan.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,


                      T T
_____________________________
[ HJ. MOHD ZUKI BIN MD SAMAN ]
  Guru Penolong Kanan HEM
  Sekolah Kebangsaan Dumpar,
  JKR 390, Jalan Junid,
  84000 Muar, Johor.

          


Tiada ulasan:

Catat Ulasan