Rabu, 26 Disember 2012

Aktiviti HEM Sepanjang 2013



AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2013

1.   Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1.
Pendaftaran dan orentasi tahun 1 ini dijalankan sehari awal sesi persekolahan bermula.  Murid-murid     diberikan  pendedahan  awal  tentang  sekolah,peraturan   disiplin  dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.

2.   Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Kursus  ini  diadakan  bagi  memberi  pendedahan   ciri-ciri  kepimpinan   dan  motivasi  kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

3.   Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan  pada setiap tahun. Perlantikan  ini bagi memberikan  perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.

4.   Sambutan Hari Guru
Sambutan  diadakan  pada  16 Mei setiap tahun  yang bertujuan memberi  penghargaan  kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru- guru yang mengajar mereka.

5.   Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.

6.   Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 1 Ogos hingga 16 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian  pengibaran  Jalur  Gemilang,  Sambutan  31 Ogos,  Penutup  Sambutan  Bulan Kemerdekaan.  Selain itu, acara-acara  lain yang turut dijalankan  adalah  seperti nyanyian  lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.

7.   Program Imunisasi Murid Tahun 6
Program  Iminusasi  HPV Murid  Tahun 6 diberikan  kepada  pelajar perempuan  sahaja . Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu Pejabat Kesihatan Muar .

8.   Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah menyediakan  satu  bilik  khas  untuk  doktor  berkenaan  memberikan  rawatannya.  Rawatan  ini diberikan sepanjang tahun.

9.   Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan  kebersihan  kelas  sepatutnya dijalankan  sepanjang  tahun tetapi timbul pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan maka program ini ditangguhkan buat sementara waktu.

10. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah-Program Minggu 3K
Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama MPM,   Majlis   Perwakilan   Penduduk,   dan   pelbagai   pihak   lagi   bagi   memastikan   kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih .

11. Program Motivasi
Program Motivasii dijalankan kalangan murid-murid Tahun 6. Pelbagai aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.

12. Sesi Kaunseling
Sekolah mempunyai guru yang menjalankan tugas bimbingan dan kaunseling  membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah.  Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.

13.  Program RIMUP
Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum-kaum di Malaysia. Mulai tahun ini program ini diserahkan kepada Unit Kokurikulum.

14. Program Ceramah Keselamatan Bersama AADK/Polis
Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis dan AADK bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan  dan  pameran-pameran  dijalankan  bagi  memberikan  pendedahan  kepada  murid- murid tentang keselamatan diri masing-masing.

15. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah Muar
Program  ini  dijalankan  pada  setiap  tahun.  Pelbagai  aktiviti  dijalankan  seperti  pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan