PENDAHULUAN
SK Dumpar, Muar
Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen
terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta
ketrampilan mereka. , Atas dasar inilah
, matlamat dan
objektif pengurusan HEM
bertunjang kepada
kebajikan,keselamatan dan akhlak serta
disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti
sehingga mampu memberi
sumbangan kepada bangsa,agama
dan negara.
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada
bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen
murid-muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat
sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu
merealisasikan wawasan sekolah ini.
MATLAMAT
PROGRAM HAL EHWAL MURID
Membantu dalam perkembangan diri
dan sahsiah murid
supaya murid berfungsi sebagai
individu yang seimbang,
berdikari, berpengetahuan
dan berkemahiran, berfikiran
kreatif dan kritikal,
memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dab
menyuburkan potensi kepimpinan.
OBJEKTIF
Memahami konsep dan peranan seta
bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid. Menghasilkan satu
program Hal Ehwal
Murid yang dapat
membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.
Menyediakan dan memupuk murid
yang bersahsiah dan berketrampilan.
STRATEGI
PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2013
1. Sistem
Pendaftaran Pelajar.
1.1. Ibubapa atau penjaga murid menyerahkan borang maklumat murid semasa
hadir pada hari
pendaftaran .
1.2. Sekolah melaksanakan
Program Hari Orentasi murid tahun 1.
1.3. Hari Orentasi murid dijalankan satu atau
dua hari persekolahan sebenar.
1.4. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari
pendaftaran adalah seperti berikut :
1.4.1.
Pendaftaran di kelas dengan
menyerahkan borang maklumat murid.
1.4.2.
Bayaran yuran persekolahan.
1.4.3.
Pengagihan buku teks
1.4.4.
Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibubapa atau penjaga.
1.4.5.
Memasukkan data murid ke
dalam buku rekod
pendaftaran sekolah dan sistem maklumat
murid sebelum akhir bulan
Januari.
2. Penguatkuasaan
Peraturan Sekolah.
2.1 Semua murid perlu memiliki Buku Panduan
Tatacara Displin Sekolah.
2.2 Semua murid dikehendaki memakai lencana
sekolah dan tanda nama.
2.3 Membuat pelantikan pengawas sekolah yang
terdiri daripada murid tahun tiga hingga tahun enam.
2.5 Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada
bilangan keseluruhan murid pada tahun semasa.
2.6 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui
proses berikut :
2.6.1
Pencalonan oleh guru kelas.
2.6.2 Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan
pengawas sekolah.
2.6.3 Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
2.6.4 Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
2.6.5 Majlis watikah perlantikan
2.7 Mengadakan sesi
kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.
3. Perlaksanaan
Program-Program Kesihatan.
3.1 Memastikan pelajar
menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut :
3.1.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
3.1.2 Berinteraksi dengan kawan-kawan.
3.1.3 Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
3.2 Membuat pemeriksaan
kesihatan secara berkala seperti :
3.2.1 Pemeriksaan mata.
3.2.2 Pemeriksaan kuku dan rambut.
3.2.3
Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.
3.3 Memastikan pengurusan kantin
dan persekitaran sentiasa bersih.
3.3.1 Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan
kesihatan.
3.3.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah
berkhasiat dan berkualiti.
3.3.3 Penyediaan makanan adalah secara masak
sendiri
3.4.4 Tong-tong sampah disediakan mencukupi
kperluan.
3.5 Mewujudkan tabiat sukakan
kebersihan melalui aktiviti berikut :
3.5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
3.5.2 Gotong-royong.
3.5.3 Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah
secara spontan bila menjumpainya.
3.5.4 Tidak membuang sampah merata-rata.
4. Mempertingkatkan
Peranan Guru-Guru.
4.1 Guru perlu sentiasa memberi
layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil.
4.2 Tindakan-tindakan guru
adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
4.3 Semua guru perlu memainkan
peranan sebagai GURU DISIPLIN.
5. Melaksanakan
Sesi Kaunseling & Motivasi.
5.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah
akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti
berikut :
5.1.1 Sesi kaunseling Individu
5.1.2 Sesi kaunseling kelompok
5.1.3 Kem Jati diri
6. Pelaksanaan
modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.
6.1 Melatih murid-murid
menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui
LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
6.2 Mengadakan sesi ceramahdan
dan pameran dari pihak-pihak tertentu seperti AADK, Pejabat
Kesihatan Tampin,Jabatan Pertahanan Awam
dan PDRM berkaitan perkara berikut :
6.2.1 Keselamatan jalan raya.
6.2.2 Jenayah juvana
6.2.3 Pertolongan cemas
6.2.4 Penyalahgunaan dadah.
7. Penggalakkan
Penyertaan Aktiviti Luar.
7.1 Murid-murid digalakkan
menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh perbagai pihak
seperti :
7.1.1 Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
7.1.2 Menyertai rombongan atau lawatan sambil
belajar.
7.1.3 Menyertai pertandingan kokurikulum akademik.
7.1.4 Menyertai pertandingan sukan dan permainan.
8. Program
Minggu 3K
8.1 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai
kebersihan, kesihatan dan keselamatan dengan menerapkannya kepada para pelajar
dan komuniti setempat.
8.2 Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai
agensi dengan masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat
bersama.
8.2 Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan:
8.2.1 Pelancaran Program 3K.
8.2.2 Ceramah Anti Dadah
8.2.3 Pertandingan Melukis Poster.
8.2.4 Pertandingan Memasak Menu Sihat
8.2.5 Kuiz Minggu 3K
8.2.6 Pameran Kesihatan dan Anti Merokok
8.2.7 Pemeriksaan Kesihatan Guru-guru dan Staf sokongan
8.2.9 Gotong Royong Perdana dan Menanam Pokok
8.2.10 Program Kitar Semula
8.2.11Senaman Tai Chi
9. Program
Bulan Patriotisme
9.1 Menanam semangat cinta akan
Negara dalam kalangan pelajar.
9.2 Mengingati semula
peristiwa-peristiwa bersejarah tanah air.
9.3 Menghayati erti kemerdekaan
tanah air.
10. Pembinaan Blog E-Info Unit HEM : http://gpkhemskdumpar.blogspot.com.
10.1 Mengalakkan warga SKDM agar
sentiasa peka dengan situasi yang berlaku di persekitaran dan di luar sekolah.
10.2 Memberikan maklumat terkini
disebarkan dalam kalangan warga SKDM.
10.3 Menggalakkan warga sekolah
untuk membudayakan penggunaan ICT secara maksimum.
10.4
Memberikan kesedaran bahwa ilmu dan informasi boleh didapati di mana-mana
kawasan sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan