Isnin, 1 April 2013

Minit Mesyuarat HEM Kali Pertama 2013



MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID KALI KE 1 /2013
Tarikh                       :        10 Januari 2013 (Khamis)
Masa                        :        12.30 tengah hari
Tempat                     :        Bilik Mesyuarat SK. Dumpar
Pengerusi                  :        Tn Hj Mohd Zuki bin Md Saman ( PK HEM)

Nama –Nama Yang Hadir   :

GPK Pentadbiran       -     En. Silahudin bin Said
GPK Kokurikulum      -     En. Ahmad Anuar bin Ramli
Lembaga Displin       -       Utz. Zakaria bin Muhamad
Pengawas      -    En. Rostam bin Harun
Keselamatan   -  En. Mohd Shahril bin Hj. Makhsus
Inventori      -      Pn. Nor Hanim bt Mohamed Ramly
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)       -      Pn. Hjh. Hasidah Bt Khamis
Lawatan       -      Cik Norhafizah bt Hadi Munir
Kebajikan & Insuran    -  En. Mohd Razali bin Amin
BBK ( Bim & Kauns )    -   Pn. Hjh Nabiha bt Omar
RMT   -  Utz. Nor Afizah bt Muda
Kantin  -               Pn. Yusriza bt Yusof
KWAPM      -       Pn. Rohana bt Abd Rahman
Kedatangan / Kaw K    -  Pn. Fatimah bt Abdullah
PPPDa          -       En. Abd Latif bin Mohd Noor
Cegah Jenayah    -            Pn. Siti Zaleha bt Abdullah
Keceriaan      -    Pn. Zaharah bt Mohamad
Kesihatan      -    Pn. Hon Soo Nan
Sekolah Selamat       -      Pn. Salina bt Ahamad
SMM   -                En. Hamizan bt Md Yatim
SSDM  -   Tn. Hj. Azmi bin Jusoh
MAKDIS   -    Utz. Hj. Azizan bin Sitam

1.           Ucapan Pengerusi.

1.1           Pengerusi  mengucapkan terima kasih kepada semua  AJK yang hadir pada mesyuarat hari ini. Pengerusi mengedarkan senarai penuh Jawatankuasa Unit HEM setelah dibuat beberapa pindaan dalam mesyuarat guru hujung tahun ( bulan 12 ) dulu.

1.2           Pengerusi mengucapkan terima kasih dan memohon kerjasama dari semua unit HEM agar bersama berganding bahu memikul tanggungjawab hingga membuatkan pengurusan setiap unit dalam HEM berjalan lancar dan baik.

1.3           Pengerusi  juga  menegaskan  semua  guru  bertanggungjawab  dalam membentuk sahsiah pelajar bukan sahaja melalui bidang akademik tetapi juga melalui aktiviti-aktiviti yang lain yang telah dirancang meliputi bidang kebajikan dan keperluan murid sebagai seorang manusia.

1.4         Pengerusi memberitahu bahawa pengurusan HEM perlu dimantapkan dan takwim bagi semua jawatankuasa telah disediakan  seperti  yang  terkandung  di  dalam  Buku Panduan Guru 2011. Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun bagi setiap unit. PK Hem akan mempengerusikan setiap mesyuarat.

1.5          Pengerusi sekali lagi memaklum perlantikan setiausaha yang baru Pn. Najiha Abu Bakar menggantikan Pn. Hafifah Abdullah yang bertukar ke SK Pinang Seribu.
Tindakan :Makluman

2.   Pengerusi seterusnya mengumumkan setiausaha- setiausaha dan ahli jawatankuasa masing-masing unit sepanjang tahun 2013 dan bersuaikenal soal unit masing-masing. Terdapat beberapa perubahan di dalam carta organisasi :

2.1.            Setiausaha :  Pn. Najiha bt Abu Bakar
PK HEM meminta merujuk Carta Organisasi 2013 yang diedarkan siap dengan tugas jawatankuasa masing-masing.

2.2.          S/U Jawatankuasa Pengawas :  Cik. Amalina binti Anuar
Beliau memberitahu akan  mengadakan majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin muda pada 12 Feb 2012. dan seterusnya berharap dapat mengadakan kursus kepimpinan .

2.3.          S/U Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling :  Pn. Hjh Nabiha bt Omar
Beliau menegaskan bahawa murid yang dihantar kepadanya hanya akan dipujuk atau dikaunseling bukan dihukum. 

2.4.          S/U Jawatankuasa  Disiplin : Utz. Zakaria bin Mohamad
Beliau menanya tentang siapakah yang akan mempengerusikan mesyuarat unit-unit dalam HEM memandangkan mereka semua memegang jawatan setiausaha dalam unit masing-masing. PK KO memberitahu PK HEM akan mempengerusikannya jika tiada sebarang halangan. Utz Zakaria juga meminta kepastian tentang lencana sama ada ditampal pada tali leher sahaja atau tali leher dan baju kemeja. PK KO memadai hanya ditali leher, tetapi penggunaan dibaju digalakkan.

2.5.          S/U Jawatankuasa 3K : Pn. Zaharah bt Mohamad.
PK HEM memberitahu ada rekod yang perlu diambil tindakan dalam bentuk buku yang berkaitan dengan Program kebersihan dan keceriaan (3K)
Pn. Zaharah meminta untuk membuat label keselamatan yang baru menggantikan yang lama dari jenis yang kurang bermutu dan senang dirusakkan.kebersihan dan keceriaan  kawasan  sekolah  hendaklah  sentiasa dipantau.  S/U hendaklah memastikan persekitaran sekolah SELAMAT.

2.6  S/U Jawatankuasa Kesihatan:        Pn Hon Soo Nan
Jawatankuasa kesihatan akan menguruskan program imunisasi bagi murid tahun 1 dan 6. Jawatankuasa juga akan menyediakan sebuah bilik khas untuk rawatan pergigian ia itu bilik Kemahiran Hidup.Senarai nama murid dikehendaki oleh Jabatan Kesihatan.
Tindakan : Guru Kelas dan guru Data SMM.

2.7   S/U Jawatankuasa RMT :  Pn Nor Afizah binti Muda.
Bilangan murid yang dapat RMT setakat hari ini ialah 49 orang sahaja. Namun jadual bertugas guru hendaklah  disiapkan seperti biasa. Majlis bersetuju Guru Bertugas mingguan merangkap guru bertugas RMT juga sepanjang minggu. Masa murid makan pagi adalah jam 7.15 pagi.

2.8  S/U Jawatankuasa SPBT : Pn Hjh Hasidah binti Khamis.
PK Hem memberitahu Guru Kelas adalah ahli jawatankuasa SPBT. Ini untuk melancarkan urusan SPBT sepanjang tahun. Pn Hjh Hasidah juga memberitahu akan segera mengambil tindakan tentang masalah kekurangan buku teks. Buku teks dan buku stok mesti di kemaskini dan dihantar kepada PK HEM setiap hujung tahun.

2.9     S/U Jawatankuasa Kantin : Pn. Yusriza bt Mat Yusof
Pengusaha kantin sudah bertukar setelah memenangi pemilihan sewaktu membuka tander kantin. Guru diminta membuat laporan yang betul mengenai kantin dalam usaha untuk menambahbaik mutu perkhidmatannya. Satu Mesyuarat antara PK HEM bersama unit RMT dan Kantin dengan Penender kantin dicadangkan diadakan pada minggu ketiga persekolahan.

2.10  S/U Jawatankuasa Data Dan Rekod       :  En Hamizan bin Md Yatim.
Data hendaklah dikemaskini.  Pungutan data kali pertama ialah awal Febuari.

2.11  S/U Jawatankuasa  KWAMP :  Pn. Rohana binti Abd Rahman.
Pemilihan murid KWAMP tahun 1 akan dijalankan pada minggu hadapan.
Tindakan :  Pn. Rohana

 2.12   S/U Jawatankuasa  PSS (Program Susu Sekolah dan Vitamin) Pn Nor Afizah binti Muda
 Akan bertindak sekiranya susu dan vitamin dibekalkan.

 3.  Hal-hal Lain:
3.1.            GPK HEM Percaya guru-guru HEM telah mengetahui tugas masing-masing dan akan menerimanya dengan penuh dedikasi dan bertanggung jawab. GPK HEM juga memaklumkan sekali tentang penubuhan Blog GPK HEM yang diusahakan sendiri oleh GPK HEM dan dikemaskinikan setiap bulan bagi memudahkan semua guru mendapatkan maklumat. Blog tersebut boleh dilayari          www.gpkhemskdumpar.blogspot.com

3.2.          Pn Nor Afiza diminta meletakkan buku laporan RMTS di dalam raga di kantin sekolah dan tindakan susulan akan sentiasa dibuat oleh PK HEM.

3.3.          Ekoran dari laporan Utz Zakaria tentang lencana sekolah, PK KO mahu semua murid mesti ada tanda nama.  Murid boleh membeli nya dengan harga RM 2 bagi 2 unit nama.

3.4.          GPK KOK mahu semua murid mesti ada tanda nama. Utz Zakaria diminta mengurus tentang ini. Murid boleh membeli nya dengan harga RM 2 bagi 2 unit nama.

3.5.          GPK HEM mendapati ramai ibu bapa masuk hingga ke dalam kelas. Majlis bersetuju masih meneruskan larangan iaitu:
a.       Dilarang ibu bapa membawa masuk kenderaan hingga ke dalam kawasan sekolah.
b.      Murid mestilah menolak basikal ke tempat letak basikal.

3.6.          Majlis bersetuju dengan cadangan Utz Zakaria supaya pembantu PRA  menghantar murid PRA ke pintu pagar hadapan apabila sesi persekolahan tamat.

3.7.         GPK HEM juga telah mengedarkan pamplet peraturan sekolah sewaktu kehadiran ibu bapa dalam majlis suaikenal tahun 1 2013.

 4.  Ucapan penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.


Disediakan oleh:                                                                        Disemak oleh:

..............................                                                                        .............................
(Pn. Najiha bt Abu Bakar)                                                   (Tuan Hj. Mohd Zuki bin Md Saman )
 S/U HEM SK DUMPAR                                                           GPK HEM SK DUMPAR

Disahkan oleh:

……………………........
(En. Silahuddin bin Said)
GPK 1 SK DUMPAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan