Rabu, 20 November 2013

Perbekalan 2014

Berikut adalah perbekalan untuk tahun 2014.

1.  Semua buku tulis dan peralatan sekolah boleh dibeli mulai 27 Disember 2014

2.  Sedia duit yang mencukupi

3. Beli yang perlu...

4. Semua pembelian akan diuruskan oleh Utz. Zakaria dan En. Mohd Ghazali



Surat Pemberitahuan Cuti Sekolah 2013

Surat pemberitahuan cuti sekolah akhir Tahun 2013.

Tindakan ibu bapa murid waktu hujung cuti....



Selasa, 19 November 2013

PENDAFTARAN TAHUN 1 2014

Kepada semua ibu bapa murid Tahun 1 2014

Pendaftaran Murid Tahun 1 2014

Tarikh :  27 Disember 2013
Masa  :  08.00 Pagi
Tempat   :    Dewan Annur

Agenda   :

1.   Ketibaan Ibu Bapa Murid

2.   Ucapan Pengerusi / Guru Kelas Tahun 1

3.   Ucapan Guru Besar

4.   Penerangan Pendaftaran oleh GPK Hem

5.   Pengesahan Pendaftaran Tahun 1 bersama :

      -   Borang Pendaftaran
      -   Borang  SMM
      -   Borang Pergigian
      -   Salinan Surat Beranak
      -   Salinan KP Ibu Bapa / Penjaga Murid
 
6.   Semua borang di atas perlulah diisi dengan maklumat selengkap dan terkini.
7.   Sediakan wang yang mencukupi untuk pembelian buku dan peralatan lain seperti mana surat keperluan         yang disertakan. Semua barang keperluan boleh didapati di kedai buku. Sila dapatkan maklumat dan             pembayaran daripada Utz. Zakaria atau Cg. Mohd Razali.

8. Majlis di jangka berakhir jam 11.30 pagi.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih....

Sebarang masalah sila hubungi GPKHem 0134775665 atau azkyra2005@hotmail.com.

Maklumat ini boleh dicapai :  gpkhemskdumpar.blogspot.com


Isnin, 18 November 2013

TAKWIM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN

TAKWIM CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2013

Baca dan faham dengan takwim yang disediakan. Patuhi takwim yang disediakan.





Jumaat, 15 November 2013

RAYUAN PENEMPATAN T1

RAYUAN PENEMPATAN SEMULA T1

1. Sila dapatkan borang Rayuan Penempatan Semula sekiranya TIDAK BERSETUJU SM Harian yang    
    dicadangkan dalam surat penempatan yang diterima oleh murid.

2. Rayuan penempatan itu hanya khas untuk Sekolah Menengah Harian biasa BUKAN sekolah menengah  
    kawalan.

3. SILA BACA Prosedor yang tercatat dalam Prosedor Rayuan yang dikepilkan bersama.

4. Serah borang di pejabat SK. Dumpar.

5. Tarikh tutup sebelum 19 NOVEMBER 2013.



Selasa, 20 Ogos 2013

Kwamp Tahun 1 2013



Berikut adalah penerima KWAMP Tahun 1 2013 :


01.   AINAA ZULAIKA  BINTI AZMI

02.   AMY SYUHADAH BINTI EZAMUDDIN

03.   MUHAMMAD AL-IMRAN BIN MAHZAN

04.   MUHAMMAD AZAM BIN MANSOR

05.   MUHAMMAD SALLEH BIN NAZARI

06.   MUHAMMAD ZULKIFLI BIN KAMARULZAMAN




*    Semua ibu bapa / penjaga murid di atas dikehendaki menghantar BUKU BANK RAKYAT atau TABUNG HAJI ke pejabat seberapa segera untuk dimasukkan duit ke dalam buku bank tersebut sebelum 06 September 2013.  Surat telah dihantar kepada semua ibu bapa terlibat. Contoh surat seperti di bawah ini:



                      Sekolah Kebangsaan Dumpar,
                                 JKR 390, Jalan Junid,
                                 84000 Muar,
                                 Johor.                            Tel & Faks : 06-9546343
                                                                        E-mail : sekdumpar@gmail.com

                                                      Rujukan Kami    :  JBA 5018 / Kwapm/ 02/ 2013
                                                      Tarikh :  19. 08. 2013 @ 12 Syawal 1434


KAMARULZAMAN BIN NIZAMUDDIN,
RS 104, LORONG HJ MAHDI,
JALAN JUNID,
84000 Muar, Johor.


Tuan/Puan,

Penerima Bantuan Kwapm

Merujuk kepada perkara di atas, anak tuan  MUHAMMAD ZULKIFLI BIN KAMARULZAMAN
No. My Kid  060613010805  Kelas Tahun 1G telah menerima bantuan Kwapm sebanyak RM 200.00 pada tahun ini.

2.       Sehubungan dengan itu anak tuan/puan perlu menghantar buku bank mulai sekarang untuk dimasukkan wang tersebut ke dalam akaun anak tuan/puan. Oleh itu diharapkan pihak tuan / puan dapat menghantar mana-mana buku bank atas nama anak tuan/puan dengan kadar seberapa segera  selepas cuti sekolah sebelum 06 September 2013.

3.       Sekiranya anak tuan/puan tiada buku bank, tuan/puan digalakkan membuat buku baharu sama ada Bank Rakyat atau Tabung Haji dan menghantar buku bank tersebut kepada GPK Hem, SK. Dumpar. Sekiranya ada apa-apa masalah, sila menghubungi sekolah. Andainya selepas tempoh tarikh tersebut, pihak kami beranggapan pihak tuan/puan tidak mahu menerima bantuan tersebut dan wang tersebut akan dipulangkan kepada pihak perbendaharaan.

4.       Diharap pihak tuan / puan dapat mengambil tindakan dengan segera bagi mengatasi segala kesulitan.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,



_____________________________




Sk:  Fail Kami